Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, hamba menitipkan ucapan selawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda dan seluruh para sahabt ra yang berjuang dgn keringat darah dan air mata. Merekalah perintis jalan yang hak, pejuang yang merindukan syurga , gagah, sabar, dan mengecapi kemanisan iman.
Perjuangan ku masih belum selesai untuk mendaki tangga-tangga kejayaan Rintangan percubaan telah pun datang sebelum ujian yang sebenar bemula. Aku tahu untuk kali ini aku terpaksa bersusah-susah terlebih dahulu agar kelak aku bahagia sepertimana munculnya matahari selepas malam menyelimuti. Kesenangan yang datang merupakan nikmat daripada Allah Yang Maha Adil, insya Allah.
Namun aku sendiri tidak pasti, adakah orang disekelilingku menerima perubahan dalam diriku. Mungkin aku kelihatan memaksa diriku sendiri tapi hakikatnya aku mencuba membatasi diri ku sendiri sebagai proses penambah baikkan keupayaan diri ku ini. Musuh yang paling utama ialah diriku sendiri (nafsu ).
Dalam perjuangan mencari ilmu Allah pelbagai ranjau duri telah terlekat di tubuh ini. Aku mengeluarkannya satu per satu berkat bantuan Allah kerana tidak mampu aku berdiri dengan kaki sendiri.
Ya Allah, adakah usaha ku ini dalam keberkatan mu? Denga keupayaan ku sebagai hamba yang hina ini tentulah sekali aku tidak dapat meneka jawapan mu...
Kukatakan begini kerana dalam sedar ketika aku mencari keberkatan Ilmu, aku menjauhi temanku, ingin ku cuba mengajak mereka tapi suara ini tenggelam di dalam kerongkong kealpaan dunia. sungguh dalam hati ini aku amat risau ke atas segala tindak tanduk mereka, ku sedar walau sebesar gunung uhud pun daya usaha ku namun aku pasti sukar menandingi mereka.
Tapi aku takut sangat untuk melihat tangisan kekecewaan dikala keputusan sampai di tangan, aku tak sanggup melihat kedua ibu bapa ku kecewa...
Sahabat marilah kita bersama menuntut ilmu dan berjuang dalam menuju keberkatan allah.
No comments:
Post a Comment