Bernafas dalam lumpur, lagu yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Wings.
Lama mana lagi
Hendak ku turutkan
Kata telunjuk yang menuding kepalaku
Sabar apa lagi
Hendak ku turutkan
Hingga aku bernafas bagai dalam lumpur
Kasihan...
Bernafas dalam lumpur? Bolehkah? Bagaimana? Sudah tentulah sukar dan amat sulit bukan. Yang pastinya kita tentu sekali tidak mahu meletakkan diri kita dalam situasi bernafas dalam lumpur.
Walaubagaimanapun lihatlah situasi kita sekarang yang sibuk dengan arus globalisasi sehingga lupa akan soal bangsa, maruah dan agama. Tidak perlulah kita hendak merenung terlalu jauh tetapi lihat sahaja di bandar yang terletak berhampiran denga kawasan rumah anda. Perhatikan pakaian yang dipakai oleh remaja pada zaman sekarang. Apabila ditanya mengapa berpakaian begini jawapannya ialah mengikut trend atau fesyen terkini.
Perbatasan dalam pergaulan dan aurat bukan lagi isu yang dititik beratkan. Agama sudah dicampak ke dalam longkang, maruah sudah dinjak-injak! Sehingga ada yang menganggap budaya free-hair adalah perkara biasa dan seks bebas menjadi normal dalam kalangan masyarakat yang beragama Islam. Al-rijal dimanakah dikau yang dulu? An-nisa' bukankah mahkota dikepalamu hanya untuk tatapan suami mu?
******************
Dulu,
Bila disebut lelaki
Wanitanya mendongak megah
Lelaki kami Asadullah, Saifullah
Tokoh ramai tak terkira
Kini,
Bila disebut lelaki
Wanitanya menunduk lemah
Tokoh kami sedikit sekali
Ramainya boneka Yahudi
Dulu,
Bila disebut lelaki
Wanitanya tenang di hati
Lelaki kami menjaga, melindungi
Kini,
Bila disebut lelaki
Wanitanya mahu cabut lari
Lelaki khianat , perogol bersiri
Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya
Sepasukan kuda putih membela
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita
Kini,
Ramai wanita suci dipenjara
Diperkosa minta dibela
Lelaki tunduk tak bertenaga
Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya
Lelaki memagari sehabis daya
Tiada siapapun berani menggoda
Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya
Lelaki tak kisah auratnya terbuka
Wanitanya dibiar bebas, binasa
Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa
Untuk mengangkat kemuliaan agama
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama
Demi nafsu , dunia dan seisinya
Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah
Kental berjihad , tekun berdakwah
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah
Dulu,
Lelaki memperjuangkan Deen dan Ummah
Al-Farouq , Zunnurain mati terbunuh
Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya
Hingga sanggup membunuh
Dulu ,
Lelaki bersatu menghadapi musuh
Angkatannya kuat dan teguh
Kini,
Lelaki berpuak dan berpecah
Sesama sendiri saling bertelingkah
Kembalilah lelakiku
Pada kelelakianmu
Kami rindukan lelaki dulu
Acuan Madrasah Rasul
FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN
Petikan daripada Novel Syabab Musafir Kasih
************
Ladies and gentlemen please brace yourself.
Kita tidak pernah sedar bahawa kita sering dalam pemerhatian. Kita tidak pernah sedar bahawa ada yang mendengar tiap perbualan kita dan kita tidak pernah tahu bahawa kita sedang dikuasai. Sedarlah bahawa sedang kita merosakkan diri disini puluhan musuh di luar sana sedang mentertawakan kebodohan kita!
Bangsa kita pernah suatu ketika dahulu menjadi nahkoda terulung, pahlawan terbilang dan seantero dunia mempelajari bahasa kita. Namun yang demikian hari berganti hari kita lupa memartabatkan tradisi kita dan menyanjung budaya luar yang rosak nilai akhlaknya.
Sebagai seseorang yang ingin duduk sama tinggi dan berdiri sama rendah bersama semua kuasa dunia ketika ini kita perlulah teguhkan keimanan dan jati diri sebagai seorang manusia yang mengelar diri mereka Muslim dan rakyat malaysia.
Sebagai peringatan sebelum lampiran ini berakhir khas buat Pembaca Setia

No comments:
Post a Comment