Pages

Friday, May 27, 2011

Asdhikhai

Bismillahhirrahmannirrahim...
Kali ini biarlah coretan warkahku buat insan seperjuanagn dengan ku yang ku gelarkan mereka dengan nama sahabat sejati yang terbina atas dasar mencintai satu sama lain kerana takdir Illahi.Terima kasih ya Allah keran pertemukan hati ini dengan hati-hati mereka yang mencintai ku kerana Mu... 

sahabat sejati...
sukar dicari...
abadi hinnga ke mati...

sahabat mungkin sukar bagi diriku suatu ketika dahulu mengerti apa ertinya sahabat, rakan, kenalan dan kawan... sungguh aku sangka semuanya mempunyai makna yang sama namun ia nya tersingkap satu persatu makna yang lebih mendalam dengan ungkapan sahabat... sahabat tempat kita bersedih, sahabat tempat kita bersuka dan sahabat mampu menjadi pohon yang rendang untuk berteduh... tapi sayangnya aku sukar kutemu sahabat ini... Ya rahman ku ucapkan infiniti terima kasih kepada Mu kerana membawaku bertemu sahabat yang bisa menyentuh atma diri ini dengan kata-kata perangsang untuk meneruskan legasi kecemerlangan dalam diri ini...
Sahabat andai kata takdir Illahi memberi peluang kepada kamu semua membaca blog ini bacalah sepenuh hati... Amatilah nukilan ku ini dengan hati yang jujur ikhlas dan jangan lupakan bahawa kita punye ukhwah fillah abadan-abadan... 
Dengan hati yg ikhlas aku merakam kan nukilan ini buat kamu semua...Iqra

Sahabat,
Pada segenap penjuru waktu,
tidak terlintas di sanubariku,
tidak terlintas di benkiranku,
pada sebuah keagungan 
pada sebuah keunggulan
pada erti sebuah persahabatan

pertemuan kita takdir al-rahman,
bersama meneroka seribu pengalaman,
bersama kita kehausan ilmu Illahi,
sambil mencari identiti diri.

sahabat,
bangkitlah dalam hati mu semangat pemuda
goncangkanlah gunung ganang dengan semangat di dada
sematkan iman di dalam jiwa 
agar selamat di alam raya.

Bersama segenggam impian
Bersama semurni pengorbanan
tanpa megerling erti putus asa 
kita harungi liku-liku kehidupan
dengan semangat di hati
kecemerlangan pasti direalisasi...

No comments:

Post a Comment