Pages

Sunday, June 5, 2011

Kitabku kitabmu jua...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Jika kali ini berdasarkan topik yang ditulis kitabku kitabmu jua.Kitab apakah itu? Al-quran al-karim yang menjadi petunjuk bagi hidup kita di dunia ini untuk mencapai kesejahteraan hidup di akhirat kelak.Tapi sayang kita acap kali terlupa bahawa Yang Maha Mengetahui telah menceritakan urusan-urusan kita dimuka bumi ini, kita pula sering meninggalkannya dan melupakannya.

Saudara yang dirahmati sekali ingatlah bahawa "Quran adalah kitab Allah yang mengandungi umat sebelum kamu, berita kaum sesudah kamu, kitab yang memutuskan urusan-urusan di antara kamu yang nilainya bersifat pasti dan mutlak. Mana-mana orang derhaka yang meninggalkannya, pasti allah memusuhinya. Sesiapa yang mencari petunjuk selain Quran, pasti tersesat. Quran adalah tali Allah yang sangat kuat, peringatan yang bijak sana dan jalan yang lurus" hadis riwayat Tirmizi.

Selain itu juga wahai saudara ku Allah ada berfirman bahawa Al-quran diturunkan sebagai jalan penyelesaian masalah kepada tiap masalah yang dihadapi di dunia ini. Jadi bagaimana ?

Jadi adakah kita ingin meninggalkan Al-quran lagi? Sahabat kembalilah meminta perlindungan daripada Allah dan marilah kita mencari Illahi.Cukuplah sekadar membaca satu ayat daripada Quran pada setiap hari kerana allah menyukai amalan yang sedikit tetapi berterusan sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Sesungguh nya Allah tidak akan jemu sehingga kita jemu dan allah lebih menyukai amalan yang sedikit tetapi beristiqamah.

Kadang-kala hamba sebagai manusia biasa pun sering terlupa bahawa Al-quran sudah menyediakan jalan penyelesaian kepada semua permasalahan yang wujud di muka bumi ini. Saya sendiri terlupa bahawa Islam itu agama Allah, Jika kita meninggikan martabatnya maka Allah akan meninggikan martabat kita tetapi jika kita merendahkan Islam maka Allah akan menghina kita.Saya juga hamba Allah yang acap kali melakukan kesilapan benarlah seperti sabda Rasullulah SAW "Setiap anak Adam itu akan melakukan kesilapan tetapi perlaku kesilapan yang terbaik adalah mereka yang bertaubat" 


Wahai saudaraku, teruslah berada di sejadahmu. Biarkan lelahan tahajud mengering menambah kesegaran kulit mukamu. Sekarang ambillah Al-quran, Selamilah kata-kata hikmah yang terpancar dalam mukjizat terbesar sepanjang zaman ini. Inilah samudera ilmu tidak bertepi dan lautan hikmah tidak berpinggir. Biarkan ia membimbing kamu menemukan ketenangan, melahirkan kebaikan dan meningkatkan peradaban...

Jadi adakah kita hendak meninggalkan Al-quran? Jawapannya tentulah tidakkan kerana sudah ditegaskan bahawa Al-quran adalah samudera ilmu tidak bertepi dan lautan hikmah tidak berpinggir. Tuntasnya di sini saya ingin mengingatkan diri saya beserta para muslimin dan muslimah bacalah kalam-kalam Allah yang indah itu. Jika diingatkan kembali ayat pertama yang diturunkan pun menyebut tentang membaca, jadi marilah kita membaca dengan nama Allah.

Peringatan buat semua " Sungguh orang yang dalam hatinya tidak terdapat sesuatu pun daripada Quran, adalah ibarat rumah yang sepi (menyeramkan) " Hadis riwayat Tarmizi

No comments:

Post a Comment