Valedictorian merupakan anak sulung SEMESRA yang merasai pucuk pimpinan yang diterajui oleh seorang pemimpin yang berkaliber yang diberi nama Dato' Haji Azam bin Haji Mad Atan. Setelah persaraan Dato' pucuk pimpinan diambil alih oleh seorang wanita yang amat penyabar orangnya. Beliau ialah Pn Hajah Norzila binti Haji Idris.
2/2/2010 pertemuan anak sulung ini sudah tercatit di Loh Mahfuz. Kedatangan mereka membawa 1001 makna yang tersurat dan tersirat. Mereka sedar akan tanggungjawab yang bakal digalas di bahu mereka. Mungkin adakalanya ianya menjadi beban buat mereka dan adakalanya ia menjadi satu batu loncatan buat mereka.
Mereka bingkas bangkit dari lamunan. Sedar kecemerlangan tidak dapat dirangkul secara bersendirian tetapi kecemerlangan datang daripada kerjasama yang utuh daripada setiap insan yang mengakui mereka adalah Valedictorian.
Suka duka yang mewarnai hari-hari di SEMESRA selama dua tahun akhirnya menemui titik noktahnya. Hari tersebut tidak mungkin berulang lagi. 196 orang berkumpul di dalam surau SEMESRA, satu jumlah yang cukup banyak jika hendak dihitung dan tidak mungkin ianya mampu dilakukan.
Kenangan biarkan ianya berlalu bagai air sungai yang mengalir.
Hari ini kita berpijak atas bumi yang nyata!
Tahniah di atas kejayaan yang cemerlang 9 A+ yang digarap oleh Borhan, Affan dan Hafizah. Tahniah juga kepada 63 orang yang yang memperolehi semua A dalam 9 matapelajaran dan setinggi-tinggi tahniah juga diucapkan kepada 196 orang keluarga Valedictorian.
![]() |
Itulah kata-kata keramat yang dilafazkan oleh Shafiq, mantan ketua batch Valedictorian
Hari ini kita bukan lagi pelajar SEMESRA. Hari ini kita bukan lagi senior di SEMESRA. Tetapi hari ini kita sudah bergelar Alumnai SEMESRA yang bakal menjadi pemimpin negara, yang bakal menguasai dunia dan yang bakal melangkah ke alam baru.
Bersyukur ke hadrat Illahi kerana kita masih lagi mampu bernafas di bumi ini dan bakal mengorak hari-hari muka. Valedictorian akan menjadi satu kenangan abadi. Terima kasih Valedic anda semua hebat!



No comments:
Post a Comment