Pages

Saturday, August 31, 2013

Aspiration To FS1211

  Saat-saat suka, duka, manis, hiba, telah terakam di bumi UMS. Berpayungkan pelajar asasi sains kita bersama mengukir kenangan di langit UMS.

  Pertemuan ini sudah dicatitkan di Loh Mahfuz.Tanggal 21 Mei 2012 pelajar dari seluruh pelusuk Malaysia telah datang untuk memenuhi tawaran kemasukan ke program pusat asasi sains, pusat persediaan sains dan teknologi, Universiti Malaysia Sabah sesi 2012/2013. 

  Dahulunya kita tidak mengenali antara satu sama lain, perbezaan dari segi bahasa dan bangsa pernah dahulu menjadi satu batu penghalang bagi kita menjadikan orang di sebelah kita sebagai seorang rakan. MSM semangat yang berkobar-kobar mengalir dalam darah untuk menjadi seorang pelajar bidang kedoktoran. Menjadi satu momento buat semua yang bercita-cita tinggi.

 Hari-hari terus berlalu, meniti liku kehidupan sebagai seorang pelajar asasi Dr. Shazmal bersama tenaga pengajar yang lain cuba menjadi pembimbing yang terbaik untuk kita maju dan mengorak langkah ke hadapan.

Gelak, tawa, suka, duka dilalui bersama sebagai pelajar Asasi Sains UMS. Liku kehidupan dilalui hari demi hari mematangkan kita.

Brotherhood's spirit lies among us, and I believe it'll never fade till our last breath.


No comments:

Post a Comment