Pages

Friday, September 20, 2013

.....

Dari Abu Hurairah, dia menceritakan bahawa Rasulullah saw bersabda :
“ Sesungguhnya seorang mukmin jika dia mengerjakan satu perbuatan dosa, maka akan timbul noda hitam dalam hatinya. Jika dia bertaubat , menarik diri dari dosa itu dan mencari redha Allah, maka hatinya menjadi jernih. Jika dosanya bertambah maka bertambah pula noda itu sehingga memenuhi hatinya. Itulah Ar-ran ( penutup ), yang disebut oleh Allah taala dalam firmannya :


“ Sekali-kali tidak (demikian ), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutupi hati mereka “
( Riwayat At-Tirmidzi, An-Nasa-I, Ibnu majah)
Ibnu Jarir mengatakan berdasarkan dari Hadis diatas bahawa jika dosa itu telah bertumpuk dihati maka ia akan menutupinya, maka iman akan berkurangan dan ini yang dikatakan Allah mengunci mati hati mereka. Oleh itu maksiat akan menambah dosa dan sekecil-kecil dosa akan menutupi hati kita dari kebenaran. Solat tidak lagi khusyuk dan kita semakin malas menunaikan ibadah. 
 Ulama telah menyatakan meningkatnya Iman adalah dengan bertambahnya kerajinan melakukan amalan solih dan meninggalkan perkara yang mendatangkan dosa. Berkurangnya keimanan adalah dengan bertambahnya melakukan maksiat dan semakin malas melakukan amalan soleh.

No comments:

Post a Comment